fbpx

Watie Reda Tiada Rezeki Anak Sendiri, Anak Tiri Dah Cukup

Meskipun sudah tiga bulan mendirikan rumah tangga, kisah pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah masih lagi menjadi perhatian ramai di media sosial.

Baru-baru ini, menerusi temu bual dikongsikan di Hlive, Watie berkongsikan sehingga kini dia dan Shuib masih tidur sekali dengan anak-anak.

BACA: Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Benarkan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Anak-anak ini terlampau rapat. Dia orang semua manja. Masih tidur sekali. Dari kahwin sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, Watie berkata dia meletakkan kepentingan pada empat anak tiri yang kini sedang membesar. Malah, selepas berbincang dengan suaminya, Watie berkata dia nekad menjaga keempat-empat anak mereka dari menambah ahli keluarga.

Untuk rekod, Watie mendirikan rumah tangga dengan Shuib dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam, pada 23 Jun lalu