fbpx

Watie Dedah Shuib Pernah Rasa Tak Nak Hidup Lagi, Kuat Sebab Anak-Anak

Baru-baru ini, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie Hanifiah dilihat ada memuat naik gambar momen pertama kali pulang ke kampung suaminya itu.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata ketika itu perasaannya masih malu-malu apatah lagi apabila diambil gambar.

BACA: Raisuddin Gembira Tengok Shuib, Susah Nak Cari Wanita Macam Watie

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Watie turut mendedahkan disebalik senyuman Shuib ketika itu ada masa suaminya pernah hampir putus asa untuk hidup namun kuat demi anak-anaknya.

“Masa ni first time dia bawa balik kampung dia. Masih malu-malu bila orang nak ambilkan gambar. Nampak saja dia senyum begitu padahal kadang-kadang tiga pagi telefon menangis teresak-esak sampai keluar hingus.

“Katanya rasa macam dah tak mahu hidup lagi. Tapi sebab anak-anak dia kena tunjuk kuat. Sejam sahaja yang dia okay. Lagi 23 jam lagi selalunya dia cuba sorok perasaan untuk nampak okay tapi kita tahu dia memang tak okay. Alhamdulillah sampai sini dah kita,”

Dalam pada itu, Watie berharap suaminya itu akan sentiasa tersenyum di sampingnya.

Terdahulu, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 23 Jun lalu dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam.