Bawa Watak Suami Isteri, Zamarul Anggap Bella Astillah Macam Adik
Umum mengetahui, drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisyam dan Bella Astillah sudah pun disiarkan di kaca televisyen sejak dua hari lalu.
Bagaimanapun, drama tersebut menerima reaksi kurang senang penonton dengan gandingan kedua pelakon itu apatah lagi masing-masing sudah pun berumah tangga.
BACA: Bella Astillah Tak Akan Mesej Suami Orang, Walau Urusan Kerja
Memetik BH Online, Zamarul bagaimapaun berkata dia dan Bella cuba elak melakukan adegan bersentuhan dan sudah pun meminta izin daripada suami Bella iaitu Aliff Aziz.
“Saya baca di lnstagram (IG) ada yang pertikai Bella adalah isteri orang dan saya, suami orang. Terus terang saya katakan, apabila kami bekerja, kami tahu batasan.
“Ketika berada di set penggambaran juga, Aliff sentiasa menemani Bella. Malah, kadang-kadang, saya dan Aliff bersembang bersama.
“Sebagai pelakon ‘senior’, saya minta izin Aliff. Saya bersyukur Aliff faham. Namun, saya dan Bella cuba elak adegan bersentuhan melainkan untuk beberapa babak,” katanya.
Dalam pada itu, Zamarul adegan bersentuhan yang dilakukannya dengan Bella tidak lebih daripada hubungan abang dan adik.
“Dalam setiap babak bersentuhan yang tidak dapat dielak, adegan pegang itu lebih kepada abang dan adik. Lakonan saya dengan Bella tidak ubah seperti hubungan abang dan adik,” katanya.
Sementara itu, aktor berusia 51 tahun itu mengakui selesa bekerja dengan Bella meskipun baru pertama kali bergandingan bersama serta menyifatkan hubungan mereka seperti keluarga.
“Hubungan kami sudah seperti keluarga. Itu yang seronok. Apabila kami berbincang mengenai skrip, semangat jadi berkobar-kobar hendak buat yang terbaik.
“Sebelum berlakon, Bella beritahu dia agak gugup. Terus terang saya mengaku teruja bekerja dengannya. Sebenarnya, Bella sangat hebat, jadi kena tonton drama ini untuk tahu,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Letih tngk drama dgn kisah yg sama bertahun2, dari Zamarul ni muda hensem, bujang sampai dah nmpk tua masih jugak bawa watak yg sama berulang2. Dia mcm ko kerja kilang pasang kerusi dari lps skola sampai umur ko dah nk masuk tahun usia pencen tp masih buat benda yg sama! Itu je ke kemahiran yg kau ada selama belasan tahun berlakon?!
@Ram awak tgk ker drama ni..sebab memang watak hero dia lelaki pertengahan usia yg sebaya dgn bapa heroin tu.
Memang pengarah sengaja ambil hero berusia sikit kot supaya masuk dengan jalan cerita.
Ehhh… Ehhh chuppp… ANAK!! bkn adik!!! Umo dia lebih Kuang baya anak nko yg ex prtama tuuu??!! Pasan adik!!
Walau apapun alasan…
…..menghayati watak ke,
…..anggap adik dan abang ke,
…..dh dpt izin suami ke,
…..bini sporting ke…
tetap haram dan berdosa bersentuhan lelaki & perempuan yg bukan muhrim.
Itu je acik nk kabo.
Sekian, terima kasih.
nasib tk kaki drama
Aliff aziz kan dah pergi belajar agama..takkan tak tahu hukum laki lain pegang pipi bini dia mcm tu? Dah la biar bini tayang aurat lg..Tolongla jgn jd penunggang agama,sengaja mghalalkan benda yg haram dgn alasan ciptaan manusia.
Bodo
Baca title je pun dah geli
x sesuai dia jd heroin..hmmm
rasa elok mulut2 netizen celupar kat atas ni belakon.. mngkin lebih bagus lakonn diaorg … daiorg kan pndai mngikritik
sape la penerbit drama bongok ni… haha
sorang hero tua tapi perasan muda, yg sorang plak bekas bini meroyan… elok la dua2 masuk air ..
mcm mcm la netizen ni..semua serba tak kena. dah kalo jln ceritanya psl lelaki dh berumo kawen ngan pompuan muda, sesuwei ler tu zamarul n bella. takkan nak bg aliff satar ngn mia sara or balqis pulak kot..
pasal sentuh sentuh tu, kubo masing masing…sindri mao ingat la