fbpx

Bella Astillah Tak Akan Mesej Suami Orang, Walau Urusan Kerja

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah berkata dia tidak memilih watak yang ditawarkan kepadanya namun akan berbincang terlebih dahulu dengan suaminya, Aliff Aziz.

Memetik Harian Metro, Bella berkata sebagai seorang isteri sudah tentu dia perlu meneliti terlebih dahulu dengan tawaran watak yang diberikan mestilah tidak keterlaluan.

BACA: Bella Astillah Pesan Cari Jodoh Lihat Pada Peribadi Bukan Paras Rupa

“Saya memang tak memilih dari segi tawaran watak diberikan kerana masih dalam proses belajar. Tapi, asalkan watak itu tidak keterlaluan, okeylah. Sebabnya, anak-anak saya pun menonton TV dan tak mahu mereka tengok yang bukan-bukan.

“Saya tak cuba menunjuk diri baik. Cuma, saya kena fikirkan banyak pihak yang perlu dijaga terutama hati keluarga. Tapi, Aliff selalu ada membantu kerana dia juga sentiasa berada di set penggambaran menemani saya,” katanya.

Bergandingan bersama pelakon Zamarul Hisham menerusi drama Aku Tanpa Cintamu, Bella menyifatkan watak yang dilakonkannya agak berat namun dia berusaha mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.

Katanya lagi, jika dia mahu bertanyakan sesuatu kepada Zamarul dia lebih selesa menghantar mesej kepada isteri aktor itu iaitu Diana Rafar.

“Saya banyak berbincang dengan abang Zamarul dan pengarah, Emi Suffian untuk melakonkan babak dalam drama ini kerana kami menjaga batas dan cuba mengelakkan daripada bersentuhan.

“Saya juga kalau ada apa-apa yang nak tanya atau pesan kepada abang Zamarul, pasti akan kirim mesej kepada isterinya, kak Diana kerana lebih selesa. Saya tak pernah ‘chat’ atau kirim mesej langsung dengan abang Zamarul,” katanya.

Menurut Bella lagi, baignya kurang manis jika dia menghubungi tau mengirim mesej langsung kepada suami orang walaupun atas urusan kerja.