fbpx

Warner Bros Mulakan Proses Penerbitan Untuk Filem Justice League

Kalau anda peminat Superman, Batman atau Green Lantern (hmm) dan tertanya tanya bilakah mereka akan bergabung di layar perak, jawapan’nya mungkin tidak lama lagi.

Laporan media Hollywood hari ini mengesahkan yang Warner Bros telah melantik penulis skrip untuk memulakan proses penerbitan filem Justice League yang memang di’nanti.

Projek filem Justice League ini merupakan jawapan DC Comics ke’atas kejayaan luar biasa Marvels dengan filem gabungan superhero mereka iaitu The Avengers.

Penulis skrip untuk filem Gangster Squad, Will Beall khabarnya telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Warner Bros untuk merealisasikan projek yang terbengkalai sejak 2008 ini.

Justice League merupakan gabungan superhero DC Comics iaitu Superman, Batman, Green Lantern, Wonder Women & The Flash yang menjadi teraju utama.