fbpx

Wardina Safiyyah Nafi Bakal Bertanding & Jadi Calon Parti Untuk PRU-13

Sekitar beberapa minggu yang lalu, heboh dunia politik dengan khabar yang mengatakan Wardina Safiyyah bakal di’namakan salah seorang calon untuk bertanding ketika Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) yang akan datang.

Beberapa blog bermotifkan politik dengan berani mengatakan selebriti ini telah sah tercalon untuk bertanding di DUN Kota Damansara dengan tiket salah sebuah parti pembangkang.

Namun hari ini, Wardina Safiyyah tampil memberikan penjelasan yang beliau tidak sesekali bakal terlibat dengan politik jauh sekali untuk bertanding dalam pilihanraya nanti.

“Saya ingin tegaskan yang saya tidak akan bergiat secara aktif di dalam mana-mana parti politik dan tidak akan bertanding bagi pilihanraya buat masa ini.”

“Saya tidak suka spekulasi begini, saya bersifat neutral, saya berkawan dengan semua sama ada penyokong kerajaan mahu pun pembangkang,” ujar Wardina Safiyyah di MyNewsHub.

Wardina Safiyyah juga kesal dengan laporan beberapa penulis blog politik yang sering mengaitkan beliau dengan parti politik tanpa usul periksa tetapi mengakui ada individu mengajak untuk berpolitik.