Wany Hasrita Nikah Tahun Ini
Dalam diam, penyanyi Wany Hasrita memberi bayangan akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini namun bukan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Wany enggan mengulas lanjut kerana mahu menjaga hati banyak pihak. Ujarnya, dia akan berkongsikan mengenai hal perkahwinanya itu apabila tiba masanya nanti.
BACA: Wany Hasrita Nafi Edar Kad Kahwin
“Setiap orang mempunyai perancangan berkahwin, begitu juga saya. Insya-Allah, tahun ini tetapi bukan dalam masa terdekat, tempoh sebulan atau dua bulan ini.
“Apabila kad kahwin sudah keluar berserta tarikh, masa dan tempat ditetapkan, saya pasti akan berkongsi. Jangan risau, saya akan kongsi dahulu, barulah berkahwin.
“Sebab perkara ini juga masih baru. Untuk cakap lebih-lebih, saya pun takut sebab banyak hati dan perkara perlu dijaga. Saya mahu menjaga sebaik mungkin, biar berjalan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Wany turut merahsiakan tarikh dirinya dirisik serta bertunang bagi menghormati pihak terbabit. Namun ujarnya, dia akan memaklumkan mengenai pernikahannya.
“Soal merisik dan bertunang, biar saya sahaja yang tahu. Disebabkan cuba sedaya upaya menghormati pelbagai pihak, tetapi kalau nikah, kami akan beritahu,” katanya.
Hangat diperkatakan mengenai dakwaan dia sudah melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu, Wany mengakui terkejut dengan dakwaan berkenaan serta menafikan perkara itu.
“Tidak, saya belum berkahwin lagi. Sabtu lalu, saya mengacarakan program Borak Dulu Baru Buka,” katanya.
Ditanya mengenai bakal suaminya, Wany mengakui dia berharap untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang bukan daripada industri hiburan. Ujarnya, dia akan mendedahkan mengenai identiti jejaka itu apabila tiba masnya.
“Saya punya impian untuk berkahwin dengan seseorang yang bukan bekerja dalam industri. Jadi, jika ada jodoh, tercapailah impian itu.
“Jujurnya, apabila berkawan, memang niat ke arah itu memandangkan saya juga sudah berusia 30 tahun. Jadi, fasa main-main sudah berlalu, sekarang ini niat kena betul, iaitu mahu berkahwin.
“Berkahwin untuk ke syurga bersama-sama, insya-Allah. Itu sahaja yang boleh dikongsikan. Untuk pertanyaan berapa lama sudah berkawan, siapa namanya, persiapan dan sebagainya, saya akan beritahu apabila tiba masa,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
30 tahun??? sori ni kira dah nak expired, kalau aku la cari yang muda sikit.
selalu kalu berahsia, jage hati byk pihak ni…kawin berno. or dude.
atau tacod populriti down
tak kisah kawen lambat ke cepat. asal bukan suami org anak 5. kawen awal pun tp nk siang ikan pun tak reti pun tak guna gk. pastu tak ada job jd la attention seeker sbb nk stay releven.
Yg muda pun entah nak ke taknak kat ko kudin oooiii
patut la gatal semacam dkt tv1 – borak dulu baru buka. lagi2 part hukum memasukkan tu. kemain merenyammm
Dia ni popular sbb 1 lagu je kan? Lps Aina top lg la payah dia nk bersaing.
last last kawin laki orang, jadi bini no 2
Tak de sapa kisah sis kau nak kawin bila, dengan sapa…. byk lagi hal lain orang nak pikiaq. Jangan lah perasan sangatt yer
30 masih muda ya..sedangkan putera raja nun di london kahwin pompuan 30an ko ni KUDIN, anak raja mana? ada juta-juta? laki melayu yang otak durjana gitu ler…pikiran kolot..angan-angan tinggi….habuk pun takde.
dia bakal nikah dgn junior aku di Universiti aku. Bujang le. bencinta lama dorang ni.