fbpx

Bercinta Dengan Juruterbang, Wany Hasrita Kunci Mulut

Usia sudah hampir 30 tahun, pasti penyanyi Wany Hasrita juga tidak terlepas dengan soalan jodoh. Bagaimanapun, Wany memilih mengunci mulut setiap kali ditanya mengenai teman istimewa.

Namun, baru-baru ini timbul deses desus Wany bakal menamatkan zaman bujang beberapa bulan lagi dengan seorang juruterbang. Enggan mengulas mengenai perkara itu, Wany berkata belum ada perancangan rasmi.

BACA: Peminat Kecewa Tudung Wany Hasrita Makin Singkat

“Saya mohon maaf, jika boleh saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini. Sejujurnya, setakat ini, tiada apa yang boleh dikongsikan kerana belum perancangan rasmi. Kad kahwin pun belum ada lagi.

“Namun, jika pasti dan tarikh perkahwinan sudah ditetapkan, saya akan berkongsi dengan anda semua,” katanya.

Dalam pada itu, Wany berkata dia merahsiakan identiti kekasih bukan kerana takut dirampas tetapi belajar daripada kesilapan.

“Saya tiada niat mahu merahsiakan identiti ‘si dia’ sebenarnya. Bukan takut dirampas kerana semua ini kerja Tuhan, namun saya banyak belajar daripada kesilapan. Selain itu, saya menjadikan kisah cinta rakan artis sebagai iktibar.

“Bagi saya, biarlah soal cinta menjadi misteri, buat masa ini. Apabila semuanya sudah pasti, barulah saya akan buka mulut kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang perhubungan yang terjalin,” katanya.