Wanita Tudung Labuh Suruh Kahwin Balik Dengan Noor Nabila, Ini Respon Sharnaaz
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.
Perkara itu sekaligus menimbulkan tanda-tanya netizen mengenai status rumah tangga pasangan itu dimana ia bukan kali pertama diperkatakan.
BACA: Padam Semua Gambar Suami, Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya
Bagaimapaun, susulan kontroversi itu ada netizen yang cuba menjodohkan semula Nabila dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad.
Menerusi satu perkongsian oleh individu itu, ia berikutan tindakan Nabila sebelum ini yang mempertahankan bapa kepada anaknya yang terpalit dengan dakwaan memukul seorang penghuni di kondominium baru-baru ini.
Perkongsian individu itu mendapat perhatian Sharnaaz yang memberikan respon dengan mengatakan tindakan wanita itu tidak seiring dengan penampilanya yang bertudung labuh.
Bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, sebelum ini timbul khabar angin mengatakan rumah tangga Nabila dan suaminya bermasalah.
Bagaimanapun, Nabila menafikan dakwaan tesebut serta mengatakan rumah tangga mereka baik-baik sahaja serta usahawan itu memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka.
Jangan berani2 ko nak hulur tengkok untuk kali ke 2 Sanaz oiii.
Sharnazzzzzz lari lah sejauh yg mungkin ….
napa nak petik nama EF…Tak faham…tpi ku respect EF & EE Tak pernah msalah marriage ..dgn yusry..laudya tak de nak dedah2 punca cerai..tak de gaduh2
biasa la tu, tudung labuh , mulut pun lagi labuh
Emran kena sewa belon balik kot