fbpx

Rumah tangga kaka kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila menjadi tanda tanya apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.

Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu.

BACA: Noor Nabila Reda Tiga Kali Keguguran

Gambar terbaru mereka pada hari raya juga tidak kelihatan, yang tinggal hanya gambar Nabila bersama anak lelakinya, Jebat Jayden.

Lebih menimbulkan tanda tanya apabila Nabila ada memuat naik beberapa perkongsian petikan kata-kata seakan memberi gambaran tentang hubungan dan perasaannya sebagai seorang isteri.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila turut memuat naik petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai serta usaha dalam sebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.

Bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, sebelum ini timbul khabar angin mengatakan hubungan mereka bermasalah.

Bagaimanapun, Nabila menafikan dakwaan tesebut serta mengatakan rumah tangga mereka baik-baik sahaja serta usahawan itu memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka.

Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.