fbpx

Wanita Marah Nabila Razali Balas Komen Suaminya

Tidak menyangka hanya kerana membalas komen peminat lelaki di laman sosial, Nabila Razali ‘diserang’ oleh isteri peminat lelaki terbabit dan memintanya untuk tidak membalas komen suaminya lagi.

BACA: Nabila Razali Cari Calon Suami Sumber Kewangan Stabil

“Terus-terang, saya melayan semua peminat secara sama rata di laman sosial. Sebagai artis, saya perlu membalas setiap komen daripada peminat kerana tanpa peminat siapalah saya”

“Namun, saya juga tidak tahu sama ada status peminat saya itu suami orang atau masih bujang kerana ia sekadar hubungan artis dan peminat sahaja serta tidak lebih daripada itu”

Bagaimanapun Nabila tampil memohon maaf andai kiriman balas komen terhadap peminat lelaki itu menganggu rumah tangganya. Tegas Nabila, beliau tidak mempunyai sebarang minat untuk menjalin cinta dengan suami orang.

“Saya mohon maaf andainya komen itu mengguris hati wanita itu atau boleh mengeruhkan rumah tangganya. Saya akan lebih berhati-hati untuk membalas komen peminat selepas ini,” jelasnya. (rtky/w)