fbpx

Wanita Mahu Dedah Sisi Gelap Caprice Pula?

Sebut saja nama Caprice, pasti ramai tahu penyanyi rap itu tidak pernah ketinggalan dan sering mengulas pelbagai isu panas yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Bagaimanapun, tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang muak dengan ulasan yang sering dilakukannya di media sosial.

BACA: Disindir Di Twitter, Caprice Nak Saman Mydin RM30 Juta 

Terbaru, hangat diperkatakan apabila seorang wanita di TikTok menyatakan bahawa dia bersedia untuk membongkar sisi gelap penyanyi itu.

“Kami dah ready nak bongkarkan sisi gelap Caprice,” tulisnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakan wanita itu serta menyatakan tidak sabar untuk mengetahui sisi gelap Caprice pula.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen meluahkan rasa lega apabila ada individu yang berani mendedahkan sisi gelap penyanyi itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan identiti wanita tersebut. dan motif video itu dimuat naik. Difahamkan, perkongsian tersebut telah pun dipadam oleh individu berkenaan.