Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan penyanyi Alif Satar menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama isterinya, Shadila Halid.

Alif berkata tona kulitnya hampir sama cerah dengan isterinya gara-gara sudah lama tidak melakukan aktiviti sukan di luar rumah.

BACA: Alif Satar Syukur Disahkan Bebas Covid-19

Ramai yang memuji pasangan tersebut mempunyai wajah yang hampir sama serta suka melihat pasangan tersebut yang sentiasa romantis meskipun sudah mempunyai tiga orang cahaya mata.

Namun, muncul seorang netizen ini meninggalkan komen kurang enak yang menegur wajah isterinya kerana melakukan aksi muncung ‘duck face’.

Komen wanita itu mendapat reaksi daripada Alif yang tampil membalas serta meminta individu berkenaan supaya jangan bersikap biadab.

Malah, rata-rata netizen yang lain turut menegur wanita berkenaan jika tiada perkara baik untuk perkatakan lebih baik jangan meninggalkan sebarang komen.