fbpx

Alif Satar Syukur Disahkan Bebas Covid-19

Selepas hampir 12 hari dirawat dan menjalani kuarantin di Hospital Melaka, penyanyi dan pengacara Alif Satar akhirnya disahkan bebas daripada virus Covid-19.

Dibenarkan pulang dan kini berada bersama keluarga tersayang, Alif meluahkan rasa syukur di atas segala nikmat serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak.

BACA: Alif Satar Menangis Terlalu Rindu Anak-Anak

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan yang dikurniakan. Sukacita Alif kini sudah kembali sihat dan kini berada bersam keluarga tersayang.

“Alif ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak terutama Kementerian Kesihatan Malaysia, produksi Muzik-Muzik TV3, JS Pictures dan rakan industri,” katanya.

Dalam pada itu, Alif berkata dia akan mengambil masa beberapa hari untuk meluangkan masa bersama keluarga sebelum kembeli bekerja seperti biasa.

“Selepas berjauhan dengan isteri dan anak-anak, Alif yakin ramai yang tahu dan dapat rasakan betapa berat perasaan rindu, jadi Alif akan mengambil masa beberapa hari untuk bersama seluruh ahli keluarga sebelum kembali bekerja,” ujarnya.