Zaman sekarang ni, nak cari kawan atau bos yang betul-betul setia dengan kita dari susah ke senang tak mudah. Time duit berjuta-juta ramai jer yang dekat, tapi bila kita jatuh terduduk tak ada seorang pun yang nak hulurkan tangan bantu kita. Ini lah realiti sebenar kehidupan.

Tapi dalam kami dok scroll-scroll media sosial terjumpa pula satu posting yang menyentuh jiwa ni. OMG! BFF merangkap boss macam ni satu dalam sejuta guys. Untung tuan badan dapat merasa rezeki Allah yang tak ternilai ni. Korang mesti ni tahu kan siapa yang kami maksudkan ni?

Ni ha, pengasas Masak-Masak CekYana yang pernah terkenal dengan ODEEN VIRAL CEKYANA tak kisah habiskan RM50K untuk sambut birthday BFF merangkap co-foundernya, CikZaza! MashaAllah, best nya kan?

Katanya CikZaza ni sangat baik dan loyal sehinggakan sanggup sama-sama bangunkan bisnes mereka ni. Memang menitis air mata CikZaza bila dapat surprise macam ni.

@cekyanaaaa

#fyp Hadiah untuk BFF ? Seronok tgk kawan bahagia

? Ballerina – Raffaella

Bukan tu jer, CikZaza siap dapat suprise rantai emas RM30k lagi weyy! OMG, bagusnya CikYana ni. Betul-betul bos idaman ni.

Walaupun dalam masa yang sama CekYana tak sihat, tapi kesihatannya tak menghalang CekYana untuk jadi mastermind dalam agenda ni. Tapi kami kagum dengan sikap CekYana ni, sanggup habiskan puluhan ribu ringgit bagi menghargai usaha titik peluh pekerjanya selama ini.

Bila dapat boss macam CekYana ni terus rasa semangat jer nak buat kerja kan. Yalah siapa jer tak semangat bila dihargai, kiranya setiap usaha kita tu boss kita nampak. Memang sweet sangat cara CekYana ni.

Memang patut di contohi. Kalau begini la sikap BFF atau Bos memang orang senang nak tolong kita. Mana tak nya setiap pertolongan tu dihargai, siapa tak nak kan?

Dapat Pula Komen Positif

Dalam kami belek-belek gambar sambutan hari jadi Cik Zaza ni kami terbaca pula komen netizen, semuanya puji sikap CekYana.

Bila kita hargai orang yang sanggup bersusah payah dengan kita ni memang sangat bagus dan ni lah nilai yang patut ada dalam setiap orang. Tak kisah lah boss ke bff ke kalau saling menghargai kan bagus!