fbpx

Wanita Dedah Perangai Buaya Darat Aliff Aziz

Meskipun sudah hampir lima bulan kisah perceraiannya dengan Bella Astillah, namun nama Aliff Aziz masih menjadi perhatian lebih-lebih lagi kisah kontroversinya.

Meskipun, sebelum ini bekas isterinya memberitahu Aliff kini berusaha untuk berubah dan mahu menjadi insan lebih baik, namun timbul pula pendedahan terbaru mengenai pelakon itu yang dikatakan tidak pernah berubah dan masih lagi ‘buaya darat’.

BACA: “Aliff Aziz Masuk Kelas Agama, Belajar Mengaji”

Di laman Twitter, seorang wanita tampil mendedahkan perangai Aliff yang masih ligat menggoda gadis-gadis di luar sana. Menurut wanita itu, dia mendedahkan perkara tersebut untuk pastikan tiada wanita lain menjadi mangsa sepertinya.

Wanita itu mendakwa, dia mengenali Aliff menerusi Instagram dimana Aliff sendiri yang memulakan langkah perkenalan mereka. Sepanjang perkenalan, Aliff sering berkongsikan masalahnya dan wanita itu memberitahu dia kasihan dengan apa yang dilalui oleh Aliff.

Namun apa yang mengejutkan, wanita itu berkata baru sahaja beberapa hari berkenalan, Aliff sudah meluahkan rasa sayang padanya. Malah, Aliff juga memberitahunya bahawa Bella seperti sudah pun move on dari perceraian dan dia juga perlu melakukan perkara sama.

Dedahnya lagi, suatu hari Aliff memberitahu Bella ada menghubunginya untuk datang ke Singapura bersama anaknya. Wanita itu mendakwa lagi, Aliff bertindak menyekatnya di aplikasi WhatsApp kerana bimbang akan menghubunginya ketika dia bersama Bella.

Wanita itu turut menunjukkan mesej perbualannya dengan Aliff, malah mendakwa dia ada menghubungi Bella untuk memberitahu perkara sebenar.

Dalam pada itu, wanita itu turut menjelaskan pendedahan tersebut adalah untuk menyedarkan Aliff tentang perbuatannya itu dan tiada wanita berhak dipermainkan.

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen yang mengatakan mereka tidak terkejut dengan pendedahan tersebut. Malah ada yang mengatakan, sekali curang pasti akan curang lagi selepas ini serta meminta Bella supaya tidak lagi diperbodohkan.

Tidak kurang juga ada yang mengecam wanita tersebut kerana melayan pelakon itu sedangkan tahu tentang apa yang terjadi pada Bella dan tidak perlu beri peluang kepada lelaki seperti itu.