fbpx

Sehingga hari ini masih hangat diperkatakan mengenai isu membabitkan pelakon Aniq Suhair yang didakwa telah hamilkan seorang wanita.

Baru-baru ini, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mendakwa pelakon itu meminta untuk menggugurkan kandungan serta berjanji untuk menjaganya.

BACA: Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Mohon Maaf, Mengaku Fitnah

Bagaimanapun, pelakon itu menghilang diri dan wanita itu mendakwa dia turut mengalami jangkitan di bahagian rahim dan perlu berulang alik ke hospital.

Sementara itu, menerusi beberapa perkongsian di TikTok, wanita tersebut turut berkongsi kronologi kes membabitkan dirinya dengan aktor berkenaan.

Dalam pada itu, wanita tersebut didakwa telah menerima sejumlah wang RM60,000 daripada pelakon terbabit bagi menampung kos untuk menggugurkan kandungan.

Sumber mendakwa wang tersebut sebagai ‘hadiah’ supaya wanita berkenaan menutup mulut serta tidak menghebohkan kepada orang ramai.