fbpx

Wanita Dakwa Anak Azhar Sulaiman Ada Hubungan Sulit Dengan Suaminya

Baru-baru ini perkongsian anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leona Iris di laman Twitter menjadi perhatian apabila memuat naik komen daripada seorang wanita dikenali sebagai Nor Azira Othman.

Difahamkan, wanita tersebut meninggalkan komen berkenaan di Instagram milik bapanya menuduh Leona memperdaya suaminya untuk mendapatkan wang bulanan sebanyak RM3,000 sehingga duit simpanan mereka habis.

BACA: Netizen Puji Cara Pemakaian Anak Azhar Sulaiman?

Namun, apa yang tidak masuk akal apabila wanita itu mendakwa Leona menjalin hubungan sulit dengan suaminya sejak tahun 2014 dimana ketika itu Leona baru berusia 12 tahun.

Wanita itu juga turut meminta Azhar bertanggungjawab terhadap tindakan Leona yang merampas suaminya serta mengugut untuk membuat laporan polis sekiranya tidak memulangkan wang berkenaan.

“Bayar balik semua wang yang dia dah gunakan sepanjang menjalin hubungan sulit dengan suami saya sebelum saya saya buat laporan polis,” katanya.

Tidak hanya berdiam diri, Azhar menghantar mesej kepada wanita berkenaan serta meminta bukti tuduhan yang dibuat terhadap anaknya.

Melihatkan masa mesej tersebut, wanita itu memberitahu dia mengesyaki suaminya mempunyai hubungan dengan Leona kerana lelaki itu telah retweet satu ciapan yang dibuat oleh gadis berkenaan.

Sementara itu, di Insta Story Leona ada memuat naik status memberitahu dia tidak akan keluar dengan suami orang. Jelasnya lagi, wanita itu mendakwa dia mengambil duitnya namun Leona mengatakan duit ibu bapanya sendiri pun tak pernah diambil apatah lagi milik orang lain.