fbpx

Wanita Cepat Jatuh Hati Dengannya, Iqbal Tak Mahu Ambil Maid Muda

Penyanyi dan juga usahawan sensasi Ahmad Iqbal memaklumkan dia mahu mencari pembantu rumah berusia 40 tahun keatas.

Ujarnya, dia tidak mahu mengambil yang muda kerana bimbang ada yang mudah jatuh hati dengannya. Malah, dia lebih berhati-hati untuk memilih orang yang bekerja dengannya.

BACA: Iqbal Tak Sabar Nak Tengok Drama DSV Dengan PA Baru

“Pernah sebelum ini orang yang bekerja dengan saya menyimpan perasaan terhadap saya. Jadi saya tak mahu perkara itu terjadi lagi. Sebab itu saya tetapkan syarat tertentu untuk memilih calon menjadi pembantu rumah.

“Saya juga tak mahu mengambil pekerja yang terlalu muda kerana bimbang mereka masih suka enjoy dan mengabaikan kerja rumah,” katanya.

Sebelum ini, Iqbal ada memberitahu di IG story mengenai kriteria pembantu rumah yang dicari dimana syaratnya mestilah berusia 40 tahun ke atas.

Dalam pada itu, Iqbal berkata jadual kerjanya yang semakin sibuk membuatkan dia mahu mengambil khidmat pembantu rumah.

“Disebabkan terlalu sibuk sehingga tak ada masa hendak uruskan diri sendiri, saya rasa perlu mengambil khidmat pembantu rumah.

“Selain itu juga boleh jimatkan perbelanjaan makan. Tak perlu makan di luar. Lebih senang apabila balik kerja semuanya sudah terhidang,” katanya.