fbpx

Wanita Cantik Cenderung Dapat Anak Perempuan

Jika anda memiliki ramai anak perempuan berbanding lelaki, anda mungkin dikategorikan sebagai wanita cantik!

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Satoshi Kanazawa dari London School of Economic mendedahkan, wanita cantik dan menarik lebih cenderung hamil anak perempuan.

Kajian yang dilakukan ke atas 17,000 bayi di Britain pada tahun 1958, kemudian ketika bayi ini berusia 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru mereka untuk menilai tahap kecantikan mereka.

Bayi yang sama ditemuramah pada usia mereka 45 tahun. Hasil kajian itu menjelaskan wanita yang dinilai sebagai budak perempuan cantik kebanyakannya memiliki anak perempuan.

Satu lagi kajian dilakukan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki pula mendedahkan, wanita cantik mempunyai ramai anak.

Kajian terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki mendapati, wanita cantik 16% memiliki ramai anak manakala wanita sederhana cantik hanya 6% lebih anak.

Namun ini hanyalah kajian. Rezeki anak lelaki atau perempuan ditentukan oleh Yang Maha Esa. Paling penting untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna.

Sumber: Vanilla Kismis