fbpx

Wan Sharmila Nekad Berhijab Pada Ulang Tahun Ke-38

Memuat naik fotonya tampil berhijab dan menutup aurat ketika bercuti di Jepun baru-baru ini, rata-rata netizen terkejut dengan penampilan terbaru pelakon Wan Sharmila.

Wan Sharmila berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijab namun nekad untuk ke arah tersebut pada ulang tahun kelahirannya yang ke 38 tahun pada 12 Oktober lalu.

BACA: Gosip Bakal Nikah Juruterbang Buat Wan Sharmila Sedih

“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja, tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.

“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya. saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. tapi saya tak post gambar sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya.

“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama tapi nak mulakan itu memang takut. Jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya kepada mStar Online.

Wan Sharmila mendedahkan dia tampil berhijab dalam beberapa drama sebelum ini adalah pemintaannya sendiri untuk terus istiqamah. Ujarnya lagi, dia tidak takut mengenai kurang tawaran berlakon malah percaya rezeki akan lebih luas.

“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen,” katanya.