fbpx

Wan Sharmila Kembali Single, Akui Sudah Bercerai Bulan Lalu

Wan Sharmila memang sentiasa akan ada kejutan jika melibatkan hal peribadi.

Jika sebelum ini, awal perkenalan Wan Sharmila dengan peminat seni, kita di’kejutkan dengan berita gadis genit ini sebenarnya sudah berkahwin & kita hanya mampu menatap gambar perkahwinan mereka.

Namun hari ini, satu lagi kejutan di’buat dengan mengumumkan perkahwinan beliau dengan pemilik Radius One, Fazli Baharom menemui jalan akhir.

Mengakui yang mereka telah bercerai hampir sebulan lalu, Wan Sharmila berharap peminat faham akan situasi beliau.

“Saya mengaku sudah berpisah, tetapi saya minta maaf kerana tidak mahu berkongsi masalah rumah tangga kami dengan khalayak. Saya harap mereka memahami saya,” kata beliau kepada media.

Wan Sharmila yang sering di’sangka berumur lingkungan 22 tahun ini sebenarnya wanita yang hampir mencecah 30 tahun tidak lama lagi. Pada umur 28 tahun kini, Wan Sharmila perlu kuat memegang status janda.