Wan Maimunah Sedih Hanya Dibayar RM200 Jayakan Telefilem
Pelakon veteran Wan Maimunah mengakui sedih apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lalu.
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 65 tahun itu berkata isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sering diluahkan pelakon lain namun masih tiada jalan penyelesaian.
BACA: Produksi Culas Buat Bayaran, Wan Maimunah Terpaksa ‘Mengemis’ Dapatkan Haknya
“Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.
“Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang bukan rezeki saya,” katanya.
Sementara itu, Wan Maimunah berkata dia mengambil tawaran berlakon dengan pengarah yang paling dipercayai seperti Rashid Sibir apatah lagi sudah banyak kali bekerjasama.
“Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid) baru habis belajar di universiti dulu. Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Maimunah berkata dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama.
- SUMBER
- harian Metro
asyik berlakon miskin je. cuba jadi mak datin ke apa. sure bayar pun up. biasalah hidup ni, gaya nombor satu. lagi2 dkt msia niii. puih
Sama mcm jln cerita drama2 dan kisah belakang tabir pembikinannya. Drama melayu lokal ni mmg itu jer laa benda berpuluh2 tahun sampai kiamat. Dah tahun 2023 tp sbb muka2 tu jek yg ada kt situ jd mmg isu tu laa yg berlaku. Ia jauh sngt2 berbeza kalau kita tngk kt industri penerbitan di negara2 jiran. Nak salahkan sapa bg aku yg salah adalah semua org yg terlibat dlm bidang ni. Mrk set the standard dan mrk mmg level standard tu je laa apa yg terjadi! Nak maju kena ubah le segala2 yg dah lapuk dan x relevan utk dekad atau era ini!
Pelakon2 veteran yg masih aktif berlakon ni kalau kita tngk drama2 lama mrk, mrk bkn lg dah tahap tepu bahkan secara jujur bg aku makin merosot kerja mrk! Masa muda2 mrk jd pelakon utama dan pelakon pembantu utama yg dibayar dgn upah tinggi. Bila dah makin tua dah tentu laa mrk x jd watak utama sbb org2 yg lbh muda yg akan ambik watak tu. Tp kalau ada penulis skrip atau pengarah yg cerdik mrk boleh je amik org2 veteran ni sbg watak utama, buat karakter yg menarik mcm bnyk dlm kt netflix, prime atau telemovie korea, Hindustan tu!!! Semuanya bergantung pd konten produk itu jugak!!!!
biar betul dapat rm200 je. kawan aku jadi pak pacak pegang payung je pun dapat rm3000. maybe dah boleh stop buat citer sedih sampai orang rasa kalau bagi rm200 pun ko dah bersyukur sangat.
Production mana pegang payung je dapat 3000 tu. Kau nak sembang pon agak2 la. Macam xde hari esok kau punya sembang.
Lawak ?? Baca Komen u all nih! Adoii entertaining ??
Persatuan Seniman tolonglah usahakan sesuatu utk artis2 veteran ini. Mereka juga perlu hidup. Rm200 mana cukup. Production house mana tu yg tawarkan harga rendah begitu. Nak juga kita tau dan tgk muka mereka2 ini. Jgnlah anaiya artis veteran sampai mcm tu.