fbpx

Wan Maimunah ‘Meraung’ Dapat Panggilan Haji

Pelakon veteran Wan Maimunah berkata dia meraung apabila dimaklumkan Lembaga Tabung Haji menerima dipanggil menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Memetik BH Online, Wan Maimunah berkata dia menerima panggilan tersebut sebelum Ramadan lalu dan tidak percaya akan menjadi tetamu Allah dalam tempoh secepat itu.

BACA: Wan Maimunah Akui Rindu Nak Bersuami

Sementara itu, pelakon berusia 70 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana doanya ketika mengerjakan umrah dua tahun lalu dimakbulkan Allah.

“Saya tak puas nak duduk depan Kaabah dari jam 9 pagi hingga sebelum solat Zohor dan menyebabkan saya terpaksa menolak melakukan aktiviti ziarah.

“Di depan Baitullah, saya mengadu pada Allah yang tak puas kerana hanya berkesempatan membuat umrah wajib sahaja.

“Tak sempat nak buat tawaf sunat dan beriktikaf lama dalam masjid. Malah, saya juga lebih banyak solat dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu mengapa dan saya tak nak dedahkan,” katanya.

Tambah Wan Maimunah lagi, dia memohon kepada Allah agar diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah haji sebelum dia pergi dan tidak sangka doanya termakbul.

“Saya bukanlah insan yang sempurna, bahkan juga seorang pendosa. Namun saya mohon kepada-Nya sebelum nyawa diambil, saya harap diberi peluang menyempurnakan rukun Islam kelima.

“Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya masih tak percaya akan berangkat ke Makkah dalam tempoh secepat ini,” katanya.

Kata Wan Maimunah lagi, dia akan berangkat pada 10 Mei ini serta meminta mendoakan agar urusan ibadah haji dipermudahkan.

SUMBER: BH Online