fbpx

Walaupun 10 Minit Perjalanan, Rosyam Nor Tak Balik Kampung Beraya

Meskipun rumah ibu mereka terletak di di Kampung Melayu Subang, Selangor, bagaimanapun Datuk Rosyam Nor sepakat bersama adik-beradik dan keluarga lain untuk tidak pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung.

Rosyam turut mengingatkan kepada sanak saudara lain supaya tidak menziarahi ibunya yang berusia 80 tahun. Malah, turut digantungkan sepanduk di hadapan rumah ibunya memberitahu tidak menerima sebarang kunjungan untuk beraya.

BACA: Rosyam Nor Bidas Zul Yahya Kata Kerja Bidang Seni Tak Berkat

https://www.instagram.com/p/CAY6pKZD9YB/?utm_source=ig_embed

Menyahut arahan kerajaan, Rosyam berkata dia dan adik beradik sanggup berkorban untuk tidak pulang ke kampung walupun jarak rumah mereka hanya 10 minit sahaja.

Dalam pada itu, Rosyam berkata tujuan sepanduk itu kerana bimbang ada orang yang akan datang berkungjung kerana setiap kali hari raya, rumah ibunya itu menjadi destinasi tumpuan sanak saudara.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakan Rosyam sekeluarga kerana mungkin ada segelintir pihak yang seperti tidak peduli tentang bahaya yang kita sedang berdepan.