Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang atau lebih dikenalai sebagai Opai mengakui lebih gemar makan sambil duduk bersila di atas lantai.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Opai berkata apabila duduk makan di lantai dia lebih rasa bersyukur dengan nikmat Allah.
BACA: Opai & Fatin Afeefa Belanja RM100,000 Untuk Baju Raya, Netizen Seronok Tengok
@aliff_awang Hanya hamba
“Saya walaupun kaya, apabila makan saya suka duduk bersila di bawah. Inilah cara makan seorang hamba. Makan merupakan ibadah paling senang, sebab apa? Kerana ketika makan, kita semua akan ucap alhamdulillah.
“Apabila kaya atau senang, jarang ucap alhamdulillah. Tapi bila makan terus bersyukur. Duduk di bawah, saya dapat rasa begitu besar maknanya sebagai seorang hamba. Biarlah jangan jadi hamba dunia, tetapi jadi hamba Allah,” katanya.
Dalam hantaran tersebut memaparkan Opai sedang berbuka puasa bersama rakan-rakannya. Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan isteri kepada pelakon Fatin Afeefa itu, namun ada yang kurang senang dengan apa yang diperkatakan oleh Opai itu.