fbpx

Wak Doyok Nafi Diri Playboy

“Saya bukan ‘playboy’ dan tidak pernah menggunakan populariti yang dikecapi sebagai jalan mudah mendekati mana-mana wanita. Tapi masa zaman remaja dulu adalah ramai kawan-kawan perempuan, sehingga sampai satu tahap saya dilabel ‘player‘ oleh rakan lelaki lain, tapi sampai setakat itu saja,” jelas Wak Doyok ini yang terkenal dengan sikap bersahaja.

BACA: Komen Lucah, Ibu Kila Fairy Tegur Wak Doyok

Beliau berkata, tumpuan dan komitmennya kini lebih kepada kerjaya dalam industri fesyen dan bidang perniagaan yang diceburinya dan dalam masa yang sama sudah lali dengan kritikan dan juga cemuhan yang dilemparkan kepadanya selaku ikon fesyen.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, turut menjelaskan hubungannya dengan seorang model wanita ‘mat salleh’ dalam beberapa gambar dimuat naik di Instagramnya tidak lebih sebagai teman rapat sahaja yang sudah dikenali sejak hampir dua tahun.

“Setakat ini tak adalah orang gelar saya playboy mahupun saya guna kesempatan untuk jadi playboy. Mungkin faktor usia saya pun memang dah tak sesuai digelar playboy,” kata Wak yang kini menjadi ikutan anak-anak muda melalui penampilan kemas dan elegannya. (rtky/s)