fbpx

Wak Doyok Ditegur Perlekeh Pakaian Seragam Tentera US

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai Wak Doyok atas kesilapannya menempah cincin berjata Johor. Susulan itu, Wak Doyok tampil memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi.

Baru sahaja reda dengan isu tersebut, nama ikon fesyen itu sekali lagi menjadi tumpuan apabila didakwa tidak menghormati pakaian seragam tentera Amerika Syarikat pula.

BACA: Butik Terpaksa Ditutup, Wak Doyok Buat Jualan Lelong Serendah RM1

Difahamkan, baru-baru ini, Wak Doyok ada memuat naik fotonya memakai pakaian seragam tentera Amerika Syarikat pada tahun 1941. Foto tersebut bukan sahaja mendapat perhatian rakyat Malaysia tetapi netizen dari negara luar juga.

Malah, seorang netizen dari Amerika Syarikat meninggalkan komen meminta Wak Doyok untuk mengeluarkan tangannya daripada poket seluar berkenaan. Tambahnya, Wak Doyok perlu mencukur janggutnya kerana ia mengganggu imej USMC.

Netizen tersebut turut menggelarkannya sebagai ‘tinhorn’ merujuk kepada seseorang yang berlagak mempunyai pengaruh yang besar.

Sedar akan kesilapannya itu, Wak Doyok dilihat membalas ringkas komen tersebut dengan beberapa emoji seolah memohon maaf atas kecuaian tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berharap Wak Doyok segera memadam perkongsian berkenaan selepas diberi teguran. Malah, netizen turut menasihati Wak Doyok supaya lebih berhati-hati lebih-lebih lagi melibatkan hal negara.

Terdahulu, Wak Doyok didakwa menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 melalui dalam talian dari sebuah syarikat di Indonesia.

Pada May lalu, Wak Doyok dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor atas pertuduhan menggunakan lambang Kemahkotaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tanpa kebenaran bagi tujuan persendirian. Bagaimanapun, Wak Doyok mengaku tidak bersalah.