fbpx

Wajah Disamakan Dengan Ira Kazar, Ini Reaksi Alyah

Perkongsian penyanyi Datin Alyah menjadi perhatian apabila memuat naik video di TikTok meminta netizen berhenti mengatakan wajahnya seperti orang lain.

Menerusi video itu, Alyah berkata meskipun dalam dunia ini ada 7 orang wajah seiras namun tidak perlu beritahu tentang hal tersebut dalam setiap perkongsiannya.

BACA: Seronok Main Indoor Playground, Netizen Sahkan Ira Kazar Tak Hamil

@alyah81official

??? saya ALYAH tau

? original sound – alyah81official – alyah81official

“Setiap kali saya buat video, mesti cakap orang yang sama. Kalau ikutkan saya ni dah tua dah, lahir tahun 81. Terpaksa pula ikut muka budak itu padahal kita lahir dulu,” katanya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu namun rata-rata netizen mengaitkan wajah isteri kepada Dato Ramli MS mirip isteri kedua pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengakui pada awalnya mereka sangkakan Ira Kazar dalam video berkenaan. Namun, ada yang mengatakan, Alyah lebih cantik daripada individu yang diperkatakan itu.