fbpx

Wah! Banyak Giler Faedah Bila Anda Langgan pandapro Dari foodpanda Ini

Jika anda super love sangat order food dari foodpanda, anda wajib ambil tahu tentang pandapro.

Banyak faedah yang anda akan dapat jika melanggannya kerana pandapro adalah pelan langganan bulanan yang menawarkan beberapa kelebihan untuk makanan dan barangan runcit kepada anda bergantung kepada syarat promosi yang disediakan!

Berbaloi Tak Anda Melanggan pandapro?

Kalau anda selalu membuat pesanan melalui aplikasi foodpanda, pas langganan bulanan ini amatlah sesuai dan berbaloi. Bukan setakat dapat caj penghantaran percuma jer, banyak lagi diskaun tambahan lain yang ada khas untuk anda jika anda ada aplikasi pandapro ini!

Bagi anda yang belum ada dan mahu melanggan aplikasi pandapro ini, pastikan anda menggunakannya dengan sebaiknya untuk menikmati segala kelebihan yang ditawarkan. Tengok di bawah ni:

1. Sebanyak 12x RM0 penghantaran percuma!
2. Potongan 20% untuk 20,000 restoran terpilih
3. Diskaun 20% baucar di pandamart
4. Diskaun sehingga 25% untuk makan malam (ini hanya valid untuk pelanggan pandapro jer tau)

Amacam? On tak on? Harga pakej langganan pandapro pun sangat berbaloi untuk anda! Siap ada diskaun eksklusif lagi. Fuh, mantap!

1. Langgan pandapro selama sebulan pada harga RM8.90 dan nikmati diskaun 70%.
2. Langgan pandapro selama enam bulan pada harga RM6.90 sebulan dan nikmati diskaun 77%.
3. Langgan pandapro selama 12 bulan pada harga RM4.90 sebulan dan nikmati diskaun 84%.

Berbaloi kan? Jadi jangan ditunggu lagi, boleh terus KLIK LINK INI untuk langganan pandapro!

Oh ya! Jika anda salah seorang subscriber pandapro, anda boleh masuk ke event foodpanda 10thYear Anniversary – panda paradise dari 12 hingga 14 Ogos ini bertempat di Open Carpark Sunway City KL! Wah bestnya.

Macamni Cara Anda Melanggan pandapro!

Bagi anda yang nak melanggan aplikasi pandapro ini, sini kami tunjukkan! Mudah jer gais, hanya ikuti langkah mudah ini:

Langkah 1

Cari menu di bahagian atas sebelah kiri dan klik ‘Jadi ahli pandapro’

Langkah 2

Klik ‘Pilih pelan’, pilih pelan yang anda mahukan

Langkah 3

Bayar amaun yang ditetapkan untuk pelan yang dipilih dan tambahkan kaedah pembayaran

Langkah 4

Voila! Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima rebat langganan 2 bulan dan baucar RM50 dalam ‘Vouchers’ anda dalam masa beberapa hari

Langkah 5

Gunakan rebat RM8.90 dan diskaun RM50 untuk pesanan makanan & barangan runcit anda dengan segera!

Nikmati faedah eksklusif dengan pandapro hari ini!

Untuk info lanjut anda boleh ke Website , Facebook dan Instagram foodpanda!