fbpx

Sebelum ini, pelakon Wafariena Roslan mengakui tidak selesa apabila dikaitkan dengan Iqbal Zulkefli selepas usahawan sensasi itu memuat naik foto mereka berdua di Instagram.

Wafarine turut mempersoalkan motif usahawan tersebut yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.

BACA: Tiba-Tiba Nak Dekat, Wafariena Tak Tahu Motif Iqbal Zulkefli

Susulan kenyataan Wafariena itu, Iqbal tampil memberi respon mengatakan dia tidak melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan semata-mata.

“Awal-awal sebelum viral lagi, saya dah maklum Wafa, saya buat sesuatu semuanya bertujuan bukan hanya ikut perasaan sahaja. Dan Wafa pun tahu sebab itu Wafa ambil gambar bertentangan mata.

“Semuanya untuk kebaikan bersama. Kita berlakon bersama. Tiada kaitan dengan “cari rezeki yang berkat dan hormat menghormati”,” tulisnya di ruangan komen Facebook Ohmymedia.

Menurut Iqbal lagi, dia baik dengan semua orang serta menghormati semua individu sepanjang menjayakan penggambaran bersama aktres tersebut baru-baru ini.

“Bukan tak kenal saya di set penggambaran macam mana saya hormat dan baik semua orang. Realitinya, Wafa memang cantik. Tetapi ramai lagi perempuan lain pun cantik,” tulisnya.