fbpx

Tiba-Tiba Nak Dekat, Wafariena Tak Tahu Motif Iqbal Zulkefli

Baru-baru ini perkongsian usahawan sensasi Iqbal Zulkefli menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama aktres meningkat naik, Wafariena Roslan.

Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan kedua-duanya dilihat sepadan dan meminta mereka segera berkahwin.

BACA: Nampak Sepadan, Netizen Suruh Iqbal Cepat-Cepat Kahwin Dengan Wafariena

Memetik Kosmo, bagaimanapun perkara itu membuatkan Wafariena tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekati dirinya.

“Sejujurnya saya tidak ambil pusing kerana menyangka perkara itu usikan nakal saja disebabkan kami berlakon bersama-sama, tetapi apabila cerita serupa ‘dinaikkan’ dalam beberapa portal dan blog, saya kena bersuara.

“Saya tertanya-tanya motif dia berbuat demikian memandangkan sepanjang empat hari di lokasi penggambaran, komunikasi kami macam biasa, begitu juga dengan pelakon lain termasuk Nami dan Along Cham,” katanya.

Menurut Wafariena lagi, dia tidak mahu pendekatan Iqbal itu  mengaitkan dirinya dengan publisiti murahan kononnya mahu mahu menarik perhatian lelaki di tempat kerja.

“Memang tak seronok dengar spekulasi begini sebab saya ke Kelantan untuk cari rezeki dalam keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya selepas insiden kecederaan di sebuah set lain.

“Nanti disangka saya masuk set sebab nak tarik perhatian lelaki atau berpakat menjaja cerita kosong semata-mata mencari publisiti murahan,” katanya.