fbpx

Vokalis Kumpulan Sweet September, Antonio Vincent Meninggal Dunia

Kalau anda tidak pernah dengar nama, Antonio Vincent, pasti lagu ‘Hatiku Kau Guris Luka’ pernah singgah di telinga anda.

Kami pertama kali dengarkan lagu ini apabila ayah kami pasangkan dalam kereta ketika perjalanan pulang ke kampung beberapa tahun lalu.

Vokal yang mengalunkan lagu ini begitu unik & ia’nya milik Antonio Vincent yang juga merupakan vokalis untuk kumpulan Sweet September.

Antonio Vincent, 57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.

Mendiang meninggalkan isteri Annie Ooi & seorang anak perempuan iaitu Rina yang berusia 30 tahun.

Antonio Vincent di’khabarkan masih aktif bermain muzik & membuat persembahan ketika umur mencecah 50-an.

Tetapi, Sweet September sekarang hanya mempunyai dua anggota iaitu Ignatius James dan Dean Yusof masing-masing bermain piano dan drum.

Kredit berita & gambar tanpa prejudis buat mStar Online. Ada tips? Terus e-mailkan kepada kami atau melalui Twitter @rotikaya.