Vince Chong Sudah Bertunang Dan Bakal Kahwini Fiona Januari 2014Lama kita tidak mendengar kisah terbaru akan juara Akademi Fantasia musim pertama ini & terbaru Vincent Chong sudah pun punyai calon untuk berkahwin.

Vince Chong yang di’temui ketika majlis pelancaran Bella Awards di KLCC malam tadi mengesahkan status beliau yang kini tunangan kepada Fiona Edward.

Fiona Edward merupakan pramugari yang bertugas bersama Malaysia Airlines (MAS) dan berasal dari Sabah — pasangan ini bertunang di Bali, Indonesia September lalu.

“Saya lamar Fiona masa raikan hari jadi saya di Bali. Memang saya rancang nak buat kejutan pada dia. Atas bantuan kakak saya, rancangan saya menjadi,” ujar Vince Chong.

“Kami akan berkahwin pada 12 Januari 2014. Tarikh itu Fiona yang pilih sebab itu juga merupakan hari ulang tahun kelahirannya. Kiranya saya lamar dia masa hari jadi saya, dan kami akan kahwin masa hari jadi dia,” ujar beliau yang terpikat dengan usaha Fiona Edward mendekati keluarganya.