fbpx

Vince AF1 Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

Tahniah kepada Vince Chong kerana telah selamat bergelar bapa baru-baru ini. Isteri Vince, Fiona, selamat melahirkan anak perempuan sulung, Eva Heidi Chong dan menurut Vince di laman Instagram, ibu dan juga anak sulungnya itu sudah pun dibenarkan pulang.

Vince-AF1-Selamat-Sambut-Cahaya-Mata-Pertama

Jika dilihatkan pada reaksi Vince di Instagram dan juga di media sosiala lain, ternyata kini beliau yang sudah bergelar bapa masih lagi berada dalam keadaan tidak percaya bahawa dirinya sudah bergelar bapa dan yang pasti, Vince memang teruja.

Perkhabaran gembira itu disambut baik dengan reaksi positif dari peminatnya dan mereka juga mendoakan agar pasangan ini bakal sentiasa dilimpahi kebahagiaan. (rtky/syfq)