fbpx

Vince AF1 Putus Cinta Antara Benua

Sejak lama dulu, kami memang tidak pernah percaya akan cinta jarak jauh. Lagikan pula kalau terpisah beribu batu dek lautan biru.

Vincent Chong atau lebih di’kenali sebagai Vince AF1 baru sahaja pulang ke Malaysia dari Taiwan & kini di’katakan sedang merakamkan album terbaru.

Ada cerita yang beliau bawa dari Taiwan dan kali ini berkaitan cinta hati beliau yang terpaksa Vince tinggalkan kerana jarak & komitmen.

Vince menemui seorang gadis Mexico yang juga pelajar di Taiwan, Veronica Larrauri Abad dan bercinta sebelum pulang ke Malaysia. Perhubungan yang diteruskan dengan bantuan internet nampaknya tidak bertahan lama.

Ini semua kerana gadis itu bercadang untuk pulang ke Mexico selepas habis belajar & Vince juga mahu meneruskan karier di’Malaysia.

Mana tahu, jika betul berjodoh antara mereka berdua, satu hari mereka akan bertemu & jatuh cinta sekali lagi. Mana tahu.