fbpx

Sejujurnya, kalau sekarang ini kami ingin menulis perkembangan kerjaya Yuna di Amerika Syarikat, kami boleh buka blog khas untuk penyanyi berbakat ini dan tidak akan kehabisan berita untuk setiap 24 jam.

Yuna baru sahaja melancarkan video muzik rasmi terbaru untuk lagu berhantu beliau, Terukir Di Bintang yang sebelum ini hanya mempunyai video lirik & itu pun sudah mencapai 2.8 juta tontontan.

Sesuai dengan mood lagu yang mengambil inspirasi melodi klasik & ala P. Ramlee, video muzik Terukir Di Bintang yang di’arahkan oleh Zul Luey ini menampilkan set klasik dengan mood separa hitam putih.

Video untuk tontonan & hiburan anda selepas ini. Sekadar mengusik, mengapakah tiada penampilan Qi dalam video muzik ini? Heh. Enjoice!