fbpx

Video: Yuna Di Ujibakat One In A Million Pada Tahun 2006 Dapat Perhatian

Video di’atas menunjukkan penyanyi kebanggaan kita semua, Yunalis Zaraai atau lebih di’kenali Yuna menyertai sessi ujibakat untuk program realiti TV One In A Million pada tahun 2006.

Menurut deskripsi pada video di Youtube ini, Yuna ada menulis satu ketika dahulu di ruangan MySpace beliau menceritakan pengalaman hadir ke ujibakat ini dan berjaya masuk ke senarai Top 40 tetapi gagal untuk ke peringkat seterusnya iaitu Top 20.

“I didn’t get through because I was not good enough as a singer and the Top 20 contestants that the judges picked were REALLY GOOD and well deserved. Itu je”

Bergurau agaknya Yuna ketika itu. Lihat sahajalah hari ini ke mana bakat yang ada membawa beliau yang baru sahaja tamat mengadakan persembahan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

BACA: Gambar Sekitar Konsert Yuna Di Istana Budaya & Penampilan Khas Mike Einziger

Dan, cubaan Yuna di situ untuk menggunakan nama Alis sebagai nama komersial. #LOL