fbpx

Video Watie Tunggang Kuda Di Tepi Pantai Jadi Perhatian Netizen

Umum mengetahui, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada Jun depan.

Baru-baru ini, perkongsian Watie yang memuat naik video diaplikasi TikTok menjadi perhatian ramai apabila dilihat melakukan aktiviti menaiki kuda di tepi pantai.

BACA: “Nampak Semua Aset” – Netizen Tegur Baju Watie Ketat Sangat

https://www.tiktok.com/@watihanifiah/video/7227372781741165829?

Apa yang menjadi bualan, apabila ada netizen mendakwa gerak badan Watie ketika menunggang kuda tersebut dianggap ‘over’ sedangkan kuda tersebut berjalan perlahan sahaja.

Biarpun ramai yang meninggalkan komen negatif, namun ada yang memuji kecantikan Watie serta mendoakan agar urusan perkahwinannya bersama Shuib dipermudahkan.