fbpx

Baru-baru ini, video menari di TikTok pelakon Erra Fazira bersama anaknya, Engku Aleesya menjadi perhatian ramai. Menerusi video itu, anak-beranak itu melakukan trend lagu ‘Kadang Bikin Aku Kesal’ yang kini trending di TikTok.

Erra turut menyertakan kapsyen pada video tersebut mengatakan anaknya itu sporting melayan permintaan ibunya untuk menari bersama-sama.

BACA: Sambut Hari Jadi Ke-13, Netizen Puji Wajah Anak Erra Fazira

@errafazirawc

One with Aleesya.. Dia layankan aja mom dia ?? . . @faithfleurhq

? original sound – Fazira Wan Chek – Fazira Wan Chek

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai yang memuji kecantikan Aleesya yang mewarisi kejelitaan ibunya yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992.

Kata netizen lagi, Aleesya mirip ibunya apabila semakin dewasa serta ada yang mengatakan Erra dan anaknya seperti kakak dan adik.

Untuk rekod, Engku Aleesya merupakan cahaya mata Erra bersama bekas suami Engku Imran. Erra berkahwin dengan Engku Emran pada Oktober 2007 namun bercerai pada Februari 2014.