fbpx

Apa pun kontroversi yang melanda produksi Tarantella Pictures ini, filem terbitan mereka ketika ini adalah antara filem yang di’nantikan semua termasuk filem sekuel ini.

Bakal ke pawagam pada 29 November 2012, Lagenda Budak Setan 2 melancarkan trailer berdurasi tiga minit secara online untuk tatapan para peminat yang memang menanti.

Mengambil nama Katerina sebagai tajuk kedua, filem sekuel ini berkisar kehidupan Kasyah (Farid Kamil) selepas kematian Ayu & pertemuan cinta dengan Katerina lakonan Maya Karin.

Sekuel ini yang turut di’arahkan pengarah sama, Sharad Sharan juga mengambil lokasi penggambaran sekitar Bhutan. Video untuk tontonan anda semua selepas ini. Enjoice!