fbpx

Video Tak Senonoh Tular, Bapa Pukul Adam Mika

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular di media sosial video tak senonoh didakwa mirip pelakon Nik Adam Mika.

Memetik mStar Online, bapa pelakon itu iaitu Nik Mohd Adli menafikan individu itu adalah anaknya serta mengatakan susun atur perabot dalam video itu berbeza dengan rumahnya. Jelasnya lagi, anaknya itdak mempunyai sebarang akaun media sosial serta aktiviti hariannya akan dipantau.

“Bukan Adam Mika. Saya dah tengok video tu, yang dalam video itu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baru dalam video itu nampak macam rumah kampung.

“Rumah kami bukan macam tu, Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu. Dalam telefon, iPad dan laptop memang tak ada Instagram, Twitter, Telegram semua tak ada. Memang saya tak bagi dia benda-benda macam tu,” katanya.

Bapa kepada pelakon berusia 12 tahun itu juga berkata ramai yang keliru dengan video tersebut kerana individu berkenaan dikatakan mirip dengan anaknya.

“Muka lebih kurang sama, mungkin dia tak pakai cermin mata tapi dia pakai spek untuk menyerupai Adam, saya tak pasti,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohd Adli berkata anaknya tidak tahu menahu mengenai kontroversi terpalit dirinya tersebut sehingga diberitahu olehnya.

“Dia tak tahu langsung pasal benda ni, segalanya melalui saya terlebih dahulu. Semua media sosial saya pegang, dia tak tahu pasal ni. Semalam lepas tahu tentang video itu, saya pukul dia tapi saya tanya tentang hal ni dia macam tak tahu apa-apa,” katanya.

Sementara itu, Nik Mohd Adli berkata dia sudah pun membuat laporan polis susulan kontroversi berkenaan bagi membersihkan nama anaknya serta tidak menolak kemungkinan Adam Mika bakal undurkan diri dari dunia seni.

“Saya tak kisah akan rezeki kerana datang dari Allah bukan peminat. Pada saya perkara ini menjatuhkan maruah saya dan keluarga,” katanya.