fbpx

Video Sang Kancil & Buaya Penuh Plot Twist, Hampir Dengan Realiti

Masihkah anda ingat kisah Sang kancil masa kecil-kecil dulu? Macam-macam cabaran kancil kena hadapi bukan tapi akalnya panjang. Ada saja cara untuk ia melepaskan diri lagi-lagi ketika berada dalam situasi merbahaya.

Tapi baru-baru ini, kami dikejutkan dengan sebuah video Sang Kancil yang kembali mengimbau kenangan lalu. Mana mungkin kita lupa si buaya yang sentiasa nak makan Sang Kancil. Namun video pendek yang kami tonton ini lain macam, terasa betul dekat dengan realiti.

Tidak Pentingkan Diri Sendiri & Saling Tolong Menolong

Kisah Sang Kancil dalam video ini sebenarnya untuk mencari buluh untuk persediaan raya dan dalam perjalanan pulang, pelbagai haiwan yang dijumpainya dan setiap kali itu jugalah Sang Kancil menggunakan buluhnya untuk menyelamatkan yang lain.

Sikap tolong menolong yang ditampilkan Sang Kancil sebenarnya sangat dekat dengan situasi kita sekarang lebih-lebih lagi dalam menghadapi COVID-19 ketika ini.

Perlukan Perhatian

Antara plot twist yang kami paling suka dalam video pendek ini adalah apabila Sang Kancil berjaya menyeberangi sungai. Tiba-tiba saja si Buaya menangis dan menceritakan hal sebenar yang menimpanya selama ini.

Eh seronok pula kami bercerita, korang tengok la sendiri sampai habis video di bawah ni. Lagi satu semua ni suara Rashidi Ishak seorang tau. Layan!