fbpx

Video Saiful Apek Buat Pencinta Kucing Menangis

Hati mana yang tidak sebak apabila haiwan kesayangan yang sudah sekian lama menjadi peneman tidak lagi dapat diselamatkan. Perkara tersebut turut menerima pelakon dan pelawak Saiful Apek. Jujurnya, bagi pencinta kucing, saat ‘perpisahan’ sebegini adalah sesuatu yang sangat memilukan.

BACA: Saiful Apek Dalami Islam, Kerap Beri Ceramah

Menurut kenyataan Apek di Instagram, kucingnya menghidap Feline Infectious Peritonitis (FIP) atau radang selaput rongga perut dan dada pada kucing. Malah perkongsian pemilik haiwan comel ini di ruangan komen juga turut mendedahkan penyakit tersebut merupakan salah satu sebab mengapa kucing terpaksa ‘direhatkan’ buat selama-lamanya.

“Sekecil-kecil nyawa yang banyak mengajar erti kebesaran Penciptanya. AGER (Tiger) telah dijemput Allah pada 9.8.2018 (8 malam) Hospital Vet UPM Serdang, kerana menghidap F.I.P yang mengakibatkan berbagai-bagai penyakit kronik yang terlalu menyakitkan”

“Terima kasih pada semua doktor-doktor dan petugas-petugas di sana kerana telah buat habis baik, melayan dan menganggap AGER sebagai ahli keluarga, sepanjang di sana. Dan juga pada mereka (khususnya pencinta-pencinta kucing) yang tak putus-putus mendoakan AGER. Namun perancangan Allah lebih hebat,” luahnya.

Setiap yang hidup pastinya akan pergi dan mungkin satu hari nanti Apek akan ditemukan pula dengan kucing lain sebagai pengganti. Kami kongsi sikit video Apek mengucapkan kata-kata akhir pada kucingnya. Sebak. (rtky/s)