fbpx

Kalau anda boleh namakan jenis permainan yang kami paparkan sebagai gambar di’sebelah, anda ada zaman sekolah yang epik!

Dan, itu adalah tujuan sebenar di sebalik projek filem pendek My Generasi yang di’terbitkan oleh JinnyBoy TV yang kini sudah pun mendapat perhatian di Youtube.

Selepas 48 jam di’tayangkan, My Generasi telah berjaya mencatat jumlah tontonan lebih 510,000 & ini bukan sesuatu yang boleh kita semua lepas pandang.

My Generasi memaparkan zaman persekolahan di’era tiadanya Facebook, Twitter, Blackberry, iPhone & teknologi yang sebenarnya dari satu sudut membuatkan zaman kanak kanak sekarang menjadi lebih mesra ‘dalam rumah’.