fbpx

Video: 'Pop Danthology 2012' Himpun 50 Lagu Popular Sepanjang Tahun

Disember 2012 — bulan di'mana segala kesimpulan dan senarai khas bakal keluar untuk meraikan apa yang berlaku sepanjang tahun. Kita mulakan dengan kompilasi lagu popular sepanjang 2012.

Sebuah video mash-up yang menampilkan 50 buah lagu pop paling popular sepanjang tahun lalu 'Pop Danthology 2012' telah berjaya menjadi viral dengan lebih 1 juta tonton dalam

masa hanya 3 hari.

Video berdurasi lapan minit ini menampilkan Adele, One Direction, Maroon 5, PSY dan Christina Aguilera — ianya adalah hasil kreatif seorang DJ bernama Daniel Kim yang berpengkalan di Kanada.

Menurut kenyataan dari Daniel Kim sendiri, video ini mengambil masa tiga bulan untuk di'siapkan dan tiada tujuan khusus melainkan untuk menunjukkan passion beliau dalam dunia hiburan & muzik.

Video Pop Danthalogy 2012 ini merupakan yang ketiga selepas edisi 2011 dan 2010. Tonton video epik karya Daniel Kim selepas ini — kami sudah rogol butang replay. Enjoice!

zp8497586rq