Caprice & Isteri Kena Gangguan Sihir, Tok Singa Dengar Tapak Kaki Berjalan Masa Baca Ruqyah
Sebut saja nama Caprice, pasti ramai tahu penyanyi rap itu tidak pernah ketinggalan dan sering mengulas pelbagai isu panas yang menjadi bualan ramai di media sosial.
Terbaru, Caprice mendedahkan dia dan isterinya menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional iaitu Tok Singa dan Ustaz Shafiq.
BACA: Caprice Tenang Tunggu Sisi Gelap Dibongkar
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Caprice berkata pada awalnya dia tidur selama tiga hingga empat jam adalah perkara biasa memandangkan banyak kerja perlu diselesaikan.
Namun, dia meluahkan rasa hairan mengapa dia masih bertenanga walaupun tidak cukup tidur, malah mengambil ubat tidur pun masih tidak kesan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, selepas diperiksa oleh Tok Singa yang datang dati Kedah, ternyata dia dan isteri terkena gangguan sihir.
Caprice dan isteri memberitahu mereka berdua ada bermimpi benda-benda aneh termasuk ular hitam. Malah, isteri Caprice juga nampak ‘bayangan’ dalam rumah serta didatangi lelaki tidak dikenali dalam mimpi.
Ketika Tok Singa dan Ustaz Shafiq memulakan sesi rawatan dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran bagi mengesan sama ada pasangan itu diganggu, badan isteri Caprice dilihat menggigil dan menangis ketika Ruqyah dibacakan.
Tok Singa kemudian memberitahu dia terdengar bunyi tapak kaki berjalan di dalam rumah ketika melakukan rawatan.
Katanya lagi, isteri Caprice iaitu Farra Inalis Husni ada mengalami gangguan rahim di mana dia mengalami masalah haid dan sukar untuk hamil.
Ustaz Shafiq turut menasihatkan Caprice supaya membuang semua koleksi patung mainan di rumahnya kerana itu faktor memudahkan jin dan sihir untuk berada di kawasan rumah.
Menerusi Instagram, diruangan komen rata-rata netizen mendoakan agar Caprice dan isteri cepat sembuh serta memberikan kata-kata semangat buat pasangan itu.
Rapper jumpa bomoh? Sungguh tidak ber raplah penyanyi ni. Kalau penyanyi dongdang sayang main bomoh tidaklah pelik ini cakap omputih berdensing tp punyalah sengkek pakai bomoh. Belia betul budak ni.
Bkn ke ko ngn bini ko hebat..
Hahaha tk heran der aku klau nko nie kena santet?! Next time mulot tu dendiamm ajer.. Nie hakak nk tnyer behtol ke sakit??? Mcm content jurrrrr
Jagalah mulut sebab..
KERANA MULUT BADAN BINASA,
KERANA MULUT ORANG TERASA,
KERANA MULUT MANUSIA BUANG MASA,
KERANA MULUT TAK BERTEGUR SAPA,
KERANA MULUT MANUSIA DAPAT DOSA,
KERANA MULUT PUTUS SAUDARA