Baru semalam video Abang Nak Tegur 3.0 menggabungkan Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat dan Datin Shahidah dimuat naik, sehingga kini sudah mendapat 70,000 dislike. Nampaknya kempen dislike video ini masih berterusan walaupun ada penampilan isteri Aliff.
BACA: Sajat Tolak Tawaran Berlakon Dengan Aaron Aziz
Bagaimanapun bagi Sajat, beliau tidak terkesan dengan dislike yang diberikan peminat, yang rata-rata banyak menyalahkan beliau punca video tersebut tidak disukai. Jelasnya, bukan dislike yang dicari tetapi jumlah tontonan.
“Sejujurnya, saya tak risau tentang hal itu kerana kita tak boleh nak paksa orang suka lagu kita. Apa yang penting jumlah tontonan tinggi. Pelik, walaupun orang tak suka saya, tapi mereka tetap nak tengok apa saya buat!,” katanya kepada m Star Online.
Secara keseluruhan ramai berpendapat, video ini terlalu lucah untuk ditonton oleh kanak-kanak kerana terdapat aksi Sajat seolah bercium dengan lelaki di tepi jalan. Selain itu, rata-rata alasan mereka dislike hanyalah kerana Sajat! (rtky/w)