fbpx

Bukan senang untuk anak Melayu membawa diri di dunia hiburan Hollywood sana. Mizz Nina antara mereka yang kini sedang dalam usaha membina nama di’sana.

Sebagai salah satu aktiviti beliau ke Amerika Syarikat dalam siri jelajah baru baru ini, Mizz Nina telah di’beri peluang untuk hoskan sebuah rancangan MTV.

MTV Iggy jika anda pernah dengar sebelum ini merupakan salah satu cabang utama MTV yang berjaya mengetengahkan bakat bakat baru dari seluruh dunia.

Untuk The MTV Iggy Show kali ini, Mizz Nina telah pergi menerjah mereka yang berada di sekitar Times Square, New York untuk bertanyakan pendapat mereka tentang 3 artis iaitu Le Butcherettes, Robert Raimon Roy & First Aid Kit.