fbpx

Video Lama Tersebar, Rossa Sera Buat Laporan Polis

Tular video mesra memaparkan wanita mirip dirinya, bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mengesahkan bahawa wanita dalam video itu adalah dirinya namun ianya adalah video lama.

Menerusi kenyataan di muat naik di Insta Story, Sera berkata ada pihak sengaja mengaibkan video-videonya serta mendedahkan dia kini sudah bersama dengan orang lain.

BACA: Tular Video Wanita Mirip Rossa Sera Dicium Lelaki?

Menurut Sera lagi, sebelum ini dia pernah membuat laporan polis selepas ada pihak tertentu cuba untuk mengaibkannya.

Dalam pada itu, Sera berkata dia akan membuat laporan polis pada pihak yang cuba mengaibkan dirinya dengan video-video lama.